Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata
Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami
sedikit penurunan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata
seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang
semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun
lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.
Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran
hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik
iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat
daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.
Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah
tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan
iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.
No comments:
Post a Comment